Kapucino
Kapucino

Kapucino

Kapucino (bahasa Itali: Cappuccino, disebut [kapputˈtʃiːno] bermaksud "Capuchin" secara harfiahnya "topi kecil") ialah minuman berasaskan kopi yang berasal dari Itali yang disediakan daripada kopi espresso, susu panas, dan buih susu yang telah diwapkan. Nama ini diambil daripada para biarawan Capuchin merujuk pada warna jubah mereka.Kopi cappuccino berbeza daripada caffé latte dari segi bahawa ia disediakan dengan kurang susu kukus atau susu bertekstur, dengan kopi ekspreso dan susu/busa berjumlah lebih kurang 5-6 auns (148-177 ml).