Karai
Karai

Karai

Karai merupakan sebuah pekan di tepi tebing Sungai Perak, Perak, Malaysia, berhampiran dengan bandar Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Pekan Karai merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Kuala Kangsar.Nama Karai telah wujud dalam peta-peta lama negeri Perak berbanding dengan bandar-bandar lain di Perak atau Malaysia. Ini mungkin kerana jalan sungai menjadi nadi utama pengangkutan ketika itu untuk mengangkut bijih timah.