Karan_Johar
Karan_Johar

Karan_Johar

Karan Kumar Johar (lahir Rahul Kumar Johar, 25 Mei 1972),[1] atau dirujuk sebagai KJo,[2] ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, pereka kostum, dan pengacara televisyen India yang bekerja di filem Hindi.[3] Beliau ialah anak kepada Hiroo Johar dan Yash Johar.[4][5]Johar mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem drama romantik Kuch Kuch Hota Hai (1998), yang memperoleh beliau Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Dua filem beliau seterusnya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham... (2001) dan Kabhi Alvida Naa Kehna (2006), yang kedua-duanya amat berjaya di pasaran luar negara. Drama sosialnya My Name Is Khan (2010) memperoleh beliau, Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik kedua. Filem thriler pengintip 2018 Raazi memenangi Anugerah Filmfare untuk Filem Terbaik. Ini, bersama-sama dengan beberapa filem yang berjaya, beliau terbitkan di bawah Dharma Productions, telah menjadikannya sebagai salah seorang pengarah-penerbit terulung di pawagam Hindi. Johar juga berjaya menceburi bidang hiburan industri lain. Beliau menjadi pengacara rancangan bual bicara televisyen, Koffee with Karan, dan rancangan radio Calling Karan, dan muncul sebagai juri untuk rancangan realiti pertandingan Jhalak Dikhhla Jaa, India's Got Talent, India's Next Superstars.

Karan_Johar

Pekerjaan Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, pereka kostum, pengacara televisyen
Ibu bapa Yash Johar
Hiroo Johar
Anak 2
Tahun aktif 1998–kini
Saudara Yash Chopra (bapa saudara sebelah ibu)
Kelahiran Rahul Kumar Johar[1]
(1972-05-25) 25 Mei 1972 (umur 47)
Bombay, Maharashtra, India

Rujukan

WikiPedia: Karan_Johar http://www.bollywoodhungama.com/more/news/view/id/... http://www.dnaindia.com/entertainment/report-karan... http://www.imdb.com/name/nm0424103/ http://indianexpress.com/article/entertainment/bol... http://www.rediff.com/entertai/1998/dec/09kuch.htm http://www.rediff.com/entertai/1998/oct/15joh.htm http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p33273255X http://isni.org/isni/0000000116299631 https://www.facebook.com/karanjohar