Karbon_monoksida
Karbon_monoksida

Karbon_monoksida

Karbon monoksida ialah sejenis gas yang tidak berwarna, berbau dan berasa yang kurang padat sedikit daripada udara dengan formula kimia CO. Ia toksik kepada manusia dan haiwan apabila didapati dalam kepekatan tinggi, naum ia juga dihasilkan dalam jumlah yang sedikit dalam metabolisma haiwan biasa, dan dipercayai memiliki beberapa fungsi biologi biasa. Dalam atmosfera, keterdapatannya berbeza mengikut tempat, ia berjangka hayat pendek dan mempunyai peranan dalam penghasilan ozon paras bumi.Karbon monoksida terdiri daripada satu atom karbon dan satu atom oksigen yang dihubungkan oleh ikatan ganda tiga yang terdiri daripada dua ikatan kovalen dan satu ikatan kovalen datif. Ia merupakan oksokarbon yang paling ringkas, dan bersifat isoelektronik dengan ion sianida dan molekul nitrogen. Dalam kompleks koordinasi, ligand karbon monoksida dinamakan karbonil.Karbon monoksida dihasilkan daripada pengoksidaan separa sebatian yang mengandungi karbon; ia terhasil apabila jumlah oksigen tidak mencukupi untuk menghasilkan karbon dioksida (CO2), seperti ketika mengendalikan dapur gas atau enjin pembakaran dalaman dalam ruang tertutup. Dengan kehadiran oksigen, dan mengambil kira kepekatan dalam atmosfera, karbon monoksida terbakar dengan api biru dan membentuk karbon dioksida.[1] Gas batu arang yang digunakan secara meluas sebelum tahun 1960-an bagi pencahayaan dalam rumah, memasak, dan pemanasan mempunyai karbon monoksida sebagai bahagian bahan api yang penting. Sesetengah proses dalam teknologi moden seperi peleburan besi masih menghasilkan karbon monoksida sebagai bahan sampingan.[2]Di seluruh dunia, sumber terbesar karbon monoksida adalah daripada sumber semula jadi, kerana tindak balas fotokimia di troposfera yang menjana kira-kira 5 × 1012 kilogram sebatian ini setahun.[3] Sumber semula jadi CO lain termasuklah gunung berapi, kebakaran hutan dan bentuk-bentuk pembakaran lain.Dalam biologi, karbon monoksida terhasil secara semula jadi oleh tindakan hem oksigenase 1 dan 2 pada hem daripada penguraian hemoglobin. Proses ini menghasilkan jumlah tertentu karboksihemoglobin dalam badan manusia biasa, walaupun mereka tidak bernafas sebarang karbon monoksida. Selepas laporan pertamapada tahun 1993 yang mengatakan bahawa karbon monoksida ialah pengutus saraf (neurotransmiter) biasa[4][5] dan juga sebagai salah satu daripada tiga gas yang memodulat tindak balas radang dalam badan (dua yang lain ialah nitrik oksida dan hidrogen suldifa), karbon monoksida telah menerima banyak perhatian klinikal sebagai pengatur biologi. Dalam banyak tisu, ketiga-tiga gas ini diketahui bertindak sebagai antiradang, vasolidator, dan penggalak pertumbuhan neovaskular.[6] Ujian klinikal jumlah kecil karbon monoksida sebagai ubat sedang dijalankan.

Rujukan

WikiPedia: Karbon_monoksida http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.275.h... http://books.google.com/?id=FvgNKPxb43IC&pg=PA38 http://books.google.com/?id=KQqLicqcTM8C&pg=PA36 http://books.google.com/?id=_04R6DoPxLoC&pg=PT323 http://books.google.com/books?id=XsnPIfP0oBcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=t4tEAAAAcAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=t4tEAAAAcAAJ&pg=P... http://www.nytimes.com/1993/01/26/science/carbon-m... http://adsabs.harvard.edu/abs/1972Sci...176..290W http://adsabs.harvard.edu/abs/1993Sci...259..381V