Karl_Landsteiner

Karl Landsteiner, ForMemRs (14 Jun 1868 - 26 Jun 1943) merupakan seorang ahli biologi dan doktor berbangsa Austria dan Amerika. Beliau terkenal dengan sumbangan pengasingan kumpulan-kumpulan darah pada tahun 1900, sekaligus mencipta sistem klasifikasi darah moden dengan mengenal pasti kehadiran "agglutinin"/"agen pelekat darah" di dalam darah. Hasil kajian kerjasama beliau dengan Alexander S. Wiener pada tahun 1937 membawa kepada pengetahuan mengenai kehadiran faktor rhesus darah justeru membolehkan para doktor untuk melakukan transfusi darah tanpa menggugat nyawa pesakit. Beliau menemui virus polio pada tahun 1909, dengan kerjasama Constantin Levaditi dan Erwin Popper. Dia menerima Hadiah Aronzon pada tahun 1926. Pada tahun 1930, beliau menerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan. Beliau turut dianugerahkan Anugerah Lasker pada tahun 1946 beberapa tahun selepas kematiannya. Beliau dikenali sebagai "Bapa Perubatan Transfusi".

Karl_Landsteiner

Lahir (1868-06-14)14 Jun 1868
Vienna, Austria-Hungary
Dikenali kerana Pembangunan kumpulan darah, penemuan faktor Rh, penemuan virus polio
Kerakyatan Austria, Belanda, Amerika Syarikat
Anugerah
Bidang Perubatan, virologi
Meninggal dunia 26 Jun 1943(1943-06-26) (umur 75)
New York City, New York, A.S.
Institusi Universiti Vienna
Rockefeller Institute for Medical Research
Pusat pendidikan Universiti Vienna