Karl_Marx
Karl_Marx

Karl_Marx

Karl Heinrich Marx (5 May 1818 – 14 March 1883) adalah ahli falsafah, politik dan pakar teori kemasyarakatan Prussia. Walaupun Marx menangani banyak isu sepanjang kerjayanya sebagai pemberita dan ahli falsafah, dia paling dikenali kerana analisa sejarahnya dari segi pertelingkahan golongan kelas, diringkaskan dalam dakwaannya bahawa, "Kepentingan kapitalis dan pekerja bergaji bersetentangan sesama sendiri." Tulisannya membentuk asas kepada pergerakan komunis dan sosialis.