Kashmir
Kashmir

Kashmir

Kashmir adalah kawasan barat laut subbenua India. Sehingga pertengahan abad ke-19, istilah Kashmir merujuk kepada kawasan lembah antara Himalaya Besar dan banjaran gunung Pir Panjal. Hari ini Kashmir termasuk negeri yang ditadbir India iaitu Jammu dan Kashmir (Lembah Kashmir, Jammu dan Ladakh), Pakistan yang mentadbir Gilgit-Baltistan dan wilayah Azad Kashmir dan kawasan yang ditadbir oleh China, Aksai Chin dan kawasan Trans-Karakoram.Pada alaf pertama, wilayah Kashmir penting bagi agama Hinduisme dan kemudiannya Buddhisme hingga ke abad kesembilan. Kashmir Shaivism pada 1349, Shah Mir menjadi pemerintah Islam yang pertama di Kashmir dengan nama Salatin-i-Kashmir atau Dinasti Swati.Kemudian raja-raja Islam memerintah Kashmir, termasuk Mughal, yang memerintah dari 1526 hingga 1751. Kemudian Empayar Durrani Afghanistan yang memerintah dari 1747 hingga 1820, apabila Sikhisme di bawah Ranjit Singh menguasai Kashmir. Pada 1846, di bawah Perjanjian Amritsar, Dogras di bawah Gulab Singh menjadi pemerintah baharu. Dogra dikuasai oleh British sehingga 1947. Kini Kashmir ditadbir oleh tiga negara: India, Pakistan dan Republik Rakyat China.