Sikh Kashmir

Pada tahun 1819, Lembah Kashmir dikuasai Empayar Durrani Afghanistan. Kemudian gabenor Sikh dianggap menindas.Penduduk Sikh menggubal beberapa undang-undang anti-Islam dan menutup Jamia Masjid di Srinagar, mengharamkan azan iaitu memanggil orang Islam pergi sembahyang.

Kashmir mula menarik pelawat-pelawat Eropah. Mereka menulis tentang kemiskinan tegar kaum petani Islam dan cukai yang terlalu tinggi di bawah pemerintahan Sikh.Selepas kebuluran pada tahun 1832, Sikh mengurangkan cukai tanah kepada setengah dan mula menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada petani . Kashmir menjadi sumber pendapatan kedua tertinggi bagi Empayar Sikh. Pada masa ini selendang Kashmir menjadi terkenal di seluruh dunia, menarik ramai pembeli terutamanya di barat.

Pada 1780, selepas kematian Ranjit Deo, Raja Jammu, kerajaan Jammu (ke selatan Lembah Kashmir) juga ditawan oleh Sikh dan menjadi jajahan kuasa Sikh.

Dalam banci British India tahun 1941, Kashmir penduduk islam seramai 77%, penduduk Hindu 20% dan penduduk Buddha dan Sikh sekitar 3%. Prem Nath Bazaz menulis bahawa "kemiskinan rakyat jelata Islam adalah mengerikan. Kebanyakan buruh tidak bertanah. Hampir seluruh beban rasuah ditanggung oleh rakyat jelata Islam. " .Petani Islam tidak mempunyai perwakilan politik sehingga tahun 1930-an