Kasih_Maafkan

Kasih Maafkan merupakan sebuah lagu bernuansa R&B yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan dimuatkan sebagai lagu bonus untuk album bungkusan semula Dayang Sayang Kamu pada tahun 2005. Ia dicipta oleh ahli kumpulan Ruffedge bernama Amer Munawer. Video muzik untuk lagu ini diarahkan oleh pengarah Ghaz Abd Rahman dari The Media Hustler dan menampilkan penyanyi terkenal Anuar Zain sebagai kekasih Dayang.

Kasih_Maafkan

Dikeluarkan pada 16 September 2005
Penerbit Amer Munawer & Iman Wan
Penulis Amer Munawer
Format CD
Panjang -
Genre R&B
Syarikat DNAD Entertainment, New Southern Records