Kaspersky


Kaspersky merupakan syarikat yang membangunkan, menghasil dan mengedar maklumat atau produk penyelesaian sekuriti atau keselamatan yang menghadang ancaman IT dan membenarkan pengguna mengurus risiko yang timbul seperti anti-virus, anti-spyware, anti-spam dan anti-penceroboh. Kaspersky, juga menyediakan produk dalam menghalang ancaman virus, penggodam dan spam untuk rumah(personal) dan syarikat (enterprise), juga menyediakan khidmat rundingan dan sokongan teknikal. Kaspersky ditubuhkan dalam tahun 1997, dan ia merupakan vendor atau pembekal perisian maklumat sekuriti antarabangsa. Beribupejabat di Moscow, Rusia dan mempunyai beberapa lagi buat syarikat disektar United Kingdom, Perancis, Jerman, Belanda, Poland, Jepun, Korea, Romania, Amerika Syarikat dan China.Kaspersky telah menerima pengiktirafan usahasama dari Microsoft Gold untuk penyelesaian sekuriti, dan juga merupakan rakan usahasama untuk SUSE dan Red Hat. Perisian antivirus Kaspersky 6 telah mendapat pilihan pengedit CNET untuk tahun 2007 dan telah mendapat tempat pertama untuk Top 8 Windows Anti-viurs dari About.com. Begitu juga, Kaspersky telah menjalin usahasama dengan kerajaan Malaysia dalam menangani masalah pencurian dan pencerobohan disektor swasta.