Kata_pinjaman

Kata pinjaman ialah kata yang dipinjam dari satu bahasa lalu diterapkan dalam satu lagi bahasa. Sungguhpun demikian, istilah kata pinjaman tidak menyampaikan maknanya setepat-tepatnya, kerana kata yang dipinjam tidak dipulangkan kepada bahasa "peminjam".Kata pinjaman sering digunakan untuk konsep atau gagasan yang eksotik (asing kepada sesebuah masyarakat penutur bahasa). Misalnya, haiwan yang tidak berasal dari Nusantara diberi kata pinjaman dalam bahasa Melayu (cth: "singa" dari bahasa Sanskrit), dan kebanyakan istilah khusus untuk muzik klasik Eropah dipinjam dari bahasa Itali.Berbeza pula dengan kata fungsi seperti kata ganti nama, bilangan, dan perkataan yang memaksudkan konsep sejagat yang jarang menggunakan kata pinjaman.