Katalog_Am_Baru
Katalog_Am_Baru

Katalog_Am_Baru

Katalog Am Baru Nebula dan Kelompok Bintang (disingkatkan kepada NGC) merupakan katalog terkenal mengenai objek langit yang jauh dalam bidang ilmu falak. Ia disusun oleh John Louis Emil Dreyer pada 1888, sebagai katalog versi baru bagi Katalog Nebula dan Kelompok Bintang oleh John Herschel. Dalam NGC terdapat 7,840 objek yang dikenali sebagai "Objek NGC". Ia adalah salah satu katalog terbesar yang menyeluruh dan kandungannya tidak terhad kerana ia termasuk semua jenis objek angkasa yang jauh seperti galaksi. Dreyer juga menerbitkan dua suplemen ke dalam NGC yang dikenali sebagai Katalog Indeks (IC). Suplemen yang pertama diterbitkan pada 1895 dan mengandungi 1,520 objek manakala yang kedua diterbitkan pada 1908 dengan 3,866 objek.