Kawah_gunung_berapi
Kawah_gunung_berapi

Kawah_gunung_berapi

Sebuah kawah gunung berapi merupakan lekukan kebulat-bulatan di tanah yang disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.[1] Ciri ini biasanya berbentuk seakan mangkuk yang mempunyai lohong di dalamnya. Ketika berlakunya letusan gunung berapi, magma cair dan gas gunung berapi diluahkan dari ruang magma bawah tanah melalui saluran berbentuk tiub sehingga sampai ke lohong kawah di mana gas akan dilepaskan ke atmosfera dan magma diletuskan sebagai lava. Sebuah kawah gunung berapi boleh mempunyai dimensi yang besar, dan kadangkalanya juga berkedalaman besar. Dalam beberapa jenis letusan tahap besar, ruang magma gunung berapi mungkin akan meluahkan isinya cukup sehingga kawasan atasnya runtuh dan membentuk kawah yang lebih besar dikenali sebagai kaldera.