Kawasaki_Heavy_Industries_&_CSR_Qindao_Sifang_C151B
Kawasaki_Heavy_Industries_&_CSR_Qindao_Sifang_C151B

Kawasaki_Heavy_Industries_&_CSR_Qindao_Sifang_C151B

Kawasaki Heavy Industries & CRRC Qingdao Sifang C151B ialah unit kereta api elektrik berbilang generasi kelima yang sedang beroperasi untuk laluan Utara Selatan dan Timur Barat bagi Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. 45 kereta api telah dibeli dan kesemuanya telah dihantar ke Singapura setakat 12 April 2017.[1] SMRT mengambil penghantaran 2 kereta api pertama pada 21 Mei 2015. Kereta api-kereta api ini berupaya untuk meningkatkan kekerapan untuk dua laluan MRT Utara Selatan dan Timur Barat.Kereta api ini mempunyai sistem tarikan IGBT-VVVF yang serupa dengan kereta api C751B dan C151A; ia adalah kereta api pertama yang mempunyai muka depan putih dan logo yang lebih kecil. Unit-unit juga adalah yang pertama dilengkapi dengan STARIS 2.0,[2] yang dibenamkan pada panel atas pintu serta memiliki penggerak pintu elektrik berbanding pengerak pintu pneumatik tradisional bagi stok kereta api laluan Utara Selatan dan Timur Barat, di mana ia membenarkan pengendalian pintu yang lebih lancar dan dipercayai bagi mengurangkan kelengahan.[3] Kini, 14 set kereta api untuk model baru ini berada dalam perkhidmatan tetapi ia hanya beroperasi ketika ujian pengisyaratan laluan Utara Selatan.