Kawasan_Pentadbiran_Khas_Republik_Rakyat_China
Kawasan_Pentadbiran_Khas_Republik_Rakyat_China

Kawasan_Pentadbiran_Khas_Republik_Rakyat_China

Kawasan Pentadbiran Khas (KRK atau SAR; Bahasa Inggeris: Special Administrative Region) Republik Rakyat China ialah sejenis bahagian pentadbiran republik tersebut. Setiap KRK diketuai oleh Ketua Eksekutif sebagai ketua wilayah dan kerajaannya. Bagaimanapun kerajaan setiap kawasan ini tidak diiktiraf sepenuhnya di mata dunia, atas sebab dasar hubungan luar dan pertahanan negara di bawah kawalan negara ibu pertiwi dan kerajaan pusat.Republik Rakyat China pada masa kini mempunyai dua buah Kawasan Pentadbiran Khas, iaitu Hong Kong dan Makau, dan kedua-dua wilayah ini tidak wajar dikelirukan dengan Zon Ekonomi Khas, iaitu kawasan yang dibawah pentadbiran kerajaan pusat sepenuhnya. Artikel 31 dalam Perlembagaan Republik Rakyat China membenarkan Kongres Rakyat Negara untuk menubuhkan Kawasan Pentadbiran Khas.