Kawasan_Schengen
Kawasan_Schengen

Kawasan_Schengen

Kawasan Schengen (disebut [syé-ngen] atau [syéng-gen]) ialah kawasan yang terdiri daripada 26 buah negara dalam benua Eropah yang telah menghapuskan pasport dan semua jenis kawalan sempadan lain di sempadan yang dikongsi bersama negara-negara ini. Kawasan ini bertujuan utama sebagai satu negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa dengan dasar visa yang sama. Kawasan ini dinamakan sempena Perjanjian Schengen. Negara-negara dalam kawasan ini telah memperkuatkan kawalan sempadan dengan negara-negara lain yang tidak termasuk dalam kawasan ini.Sebanyak 22 daripada 28 buah negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengambil bahagian dalam kawasan ini. Empat daripada enam buah negara ahli Kesatuan yang tidak termasuk dalam kawasan ini – Bulgaria, Croatia, Cyprus dan Romania – diwajibkan secara undang-undang untuk menyertai kawasan ini, sementara dua negara ahli selebihnya iaitu Republik Ireland dan United Kingdom – mengekalkan memilih-out. Empat anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah iaitu Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland tidak memasuki Kesatuan Eropah namun telah menandatangani perjanjian yang berkait dengan Perjanjian Schengen. Tiga buah negara mikro dalam Eropah iaitu Monaco, San Marino dan Kota Vatikan boleh dianggap sebagai negara ahli secara de facto.Kawasan ini mempunyai penduduk sebanyak lebih dari 400 juta orang dan berkeluasan sebanyak 4,312,099 kilometer persegi (1,664,911 bt2).[1] Sebanyak 1.7 juta orang berulang-alik merentasi sempadan politik dalam Eropah untuk tujuan kerja setiap hari, dan di beberapa kawasan orang-orang ini merupakan sehingga ketiga tenaga kerja. Setiap tahun, terdapat sejumlah 1.3 bilion lintasan sempadan Schengen dalam keseluruhannya; di mana 57 juta lintasan daripadanya adalah untuk tujuan pengangkutan darat barang dagangan bernilai €2.8 trilion setiap tahun.[2][3] Penurunan kos perdagangan disebabkan penguatkuasaan Schengen berbeza dari 0.42% hingga 1.59% bergantung pada geografi, perdagangan dan faktor lain. Negara-negara di luar kawasan ini turut mendapat manfaatnya.

Rujukan

WikiPedia: Kawasan_Schengen http://www.swifttourism.com/visit-europe.html http://www.amblondon.um.dk/en/menu/consularservice... http://www.interior.gob.es/ca/web/servicios-al-ciu... http://www.ecfr.eu/specials/scorecard/schengen_fla... http://europa.eu/legislation_summaries/justice_fre... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/homepage/showfocus?...