Kayan

Kaum Kayan merupakan kaum yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rajang serta Sungai Baram di Borneo. Mereka dikategorikan sebagai sebahagian dari orang UluKaum Kayan mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai. Mereka dikategorikan ke dalam golongan Orang Ulu kerana tinggal di kawasan hulu sungai. Budaya mereka agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.