Demokrasi Kebebasan_bersuara

Satu daripada penyokong-penyokong nyata hubungan antara kebebasan bersuara dan demokrasi adalah Alexander Meiklejohn. Dia berhujah bahawa konsep demokrasi adalah mengenai kerajaan yang dikawal oleh rakyat. Untuk berlakunya sistem sedemikian, pengundi yang mengetahui isu-isu semasa amat penting. Untuk mengetahui pula, tidak harus ada batasan berkenaan laluan maklumat dan idea. Mengikut kata Meiklejohn, demokrasi sebenar tidak boleh wujud sekiranya mereka yang berkuasa boleh memanipulasikan pengundi dengan menghalang maklumat dan menyekat kritikan. Meiklejohn mengiktiraf bahawa kecenderungan menyekat pendapat boleh berlandaskan motivasi untuk melindungi masyarakat. Tetapi, hujah beliau, memilih manipulasi akan menyanggah idea demokrasi.[12] Eric Barendt memanggil untuk melindungi kebebasan bersuara berdasarkan demokrasi sebagai "kemungkinan teori kebebasan bersuara yang paling menarik dan terkini dalam kebanyakan demokrasi Barat moden".[13]

Thomas I. Emerson megembangkan hujah ini dengan menyatakan bahawa kebebasan bersuara membantu keseimbangan antara stabiliti dan perubahan. Kebebasan bersuara punyai peranan sebagai "penjaga" untuk melepaskan geram dan mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Dia berhujah bahawa "prinsip perdebatan terbuka adalah satu kaedah untuk mendapatkan nilai moral dan pada masa yang sama masyarakat yang stabil, menjamin keseimbangan antara pendapat terbuka dan sepersetujuan ramai." Emerson juga menyatakan bahawa "Bangkangan punyai fungsi sosial yang penting dalam memperbaharui proses bureaukrasi yang membasikan."[14] Penyelidikan yang dibuat oleh projek Worldwide Governance Indicators di Bank Dunia, memberikan indikasi bahawa kebebasan bersuara, dan prosis akauntabiliti yang menyusul, mempunyai impak signifikan dalam kualiti kerajaan negara. "Suara dan Akauntabiliti" dalam negara, didefinasikan dengan "kelaziman rakyat sebuah negara boleh memilih kerajaan, dan kebebasan menyatakan pendapat, kebebasan berpenyatuan dan kebebasan media massa" adalah satu daripada enam dimensi kerajaan yang Worldwide Governance Indicators menyukat untuk lebih 200 negara.[15]