Kebebasan_maklumat

Falsafah · Kebebasan
Kebebasan negatif
Kebebasan positif
Hak
Sivil · Ekonomi
Intelek · Politik
Berhimpun
Berpersatuan
Bergerak
Media
Beragama
Bersuara
Maklumat
Berfikir
Kebebasan maklumat difahamkan sebagai suatu penambahan atau penjangkauan kepada kebebasan bersuara iaitu hak asasi manusia yang diiktiraf undang-undang antarabangsa, di mana sebarang medium sama ada dalam bentuk lisan, tulisan, seni mahupun Internet digunakan untuk mengungkapkan sesuatu buah fikiran secara bebas. Perkara ini menjadikan perlindungan yang sepatutnya boleh diberikan bukan sahaja kepada kandungan yang disampaikan, tetapi juga wahana atau medium penyampaian maklumat itu sendiri.[1]Kebebasan ini juga merujuk kepada hak mendapatkan privasi dalam kandungan Internet dan teknologi maklumat di mana ia juga bernilai setaraf dengan kebebasan menyampaikan maklumat.[2]