Muzik Kebudayaan_Islam

Rencana utama: Muzik Islam

Muzik Islam ialah muzik agama Muslim, sebagaimana dinyanyikan atau dimainkan dalam upacara awam atau dalam sembahyang peribadi. Kawasan tengah klasik Islam ialah Semenanjung Arab dan Timur Tengah, Afrika Utara dan Mesir, Iran, Asia Tengah, serta India utara dan Pakistan. Oleh sebab Islam ialah agama berbilang budaya, pengungkapan muzik penganutnya sangat berbeza, dengan gaya muzik asli di kawasan-kawasan yang berikut membentuk muzik sembahyang yang dihayati oleh orang Muslim sezaman:

Orang Turki Seljuk, puak nomad yang memeluk Islam dan menaklukkan Anatolia (Turki kini) lalu menjadikan Kekhalifahan itu sebagai Empayar Uthmaniyyah, juga amat mempengaruhi muzik Islam (lihat muzik klasik Turki).

Afrika Sub-Sahara, Indonesia, Malaysia, dan Filipina selatan juga mempunyai jumlah penduduk Muslim yang besar, akan tetapi kawasan-kawasan itu tidak banyak mempengaruhi pelbagai tradisi muzik Islam, berbanding dengan kawasan tengah.

India Selatan

Lagu Mappila, Duff Muttu

Kesemua kawasan India Selatan telah dikaitkan menerusi perdagangan lama sebelum ditaklukkan oleh Islam pada 600-an. Adalah mungkin bahawa gaya muzik mengikut laluan yang sama dengan barangan perdagangan. Bagaimanapun, tanpa sebarang rekod, kita hanya dapat meneka muzik pra-Islam di kawasan-kawasan tersebut. Islam mungkin banyak mempengaruhi muzik di kawasan India Selatan kerana ia menyatukan kawasan yang luas di bawah khalifah yang pertama dan memudahkan perdagangan antara kawasan-kawasan yang jauh. Sudah tentu, orang Sufi yang merupakan persaudaraan tasawuf telah menyebarkan muzik mereka secara meluas.

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kebudayaan Islam