Seni Kebudayaan_Islam

Lihat juga: Seni Islam
"Wayang Kulit", seni boneka bayang Indonesia, membayangkan campuran kepekaan asli dan kepekaan Islam."Advice of the Ascetic" (Nasihat seorang Zahid), sebuah miniatur Parsi abad ke-16 yang disimpan di Istana Golestan, Tehran.

Seni Islam yang membentuk sebahagian kajian Islam, terutamanya bersifat abstrak dan hias. Ia menggambarkan reka bentuk Arabes bergeometri dan berbunga-bunga serta juga reka bentuk seni khat pada sepanjang sejarahnya. Berbeza dengan tradisi seni Kristian yang cenderung menggambarkan manusia, seni Islam tidak merangkumi penggambaran makhluk, termasuk manusia. Kekurangan pemotretan tersebut adalah kerana Islam awal mengharamkan pelukisan manusia, termasuk gambar Nabi Muhammad s.a.w. kerana perbuatan sedemikian dipercayai akan menggoda penganutnya supaya mengamalkan penyembahan berhala. Larangan melukis gambar manusia atau ikon sebegini dikenali sebagai anikonisme. Bagaimanapun, pada sepanjang dua abad yang lalu, disebabkan semakin banyak perhubungan dengan peradaban Barat, larangan tersebut telah dilonggarkan sehingga hanya orang Muslim yang paling ortodoks kini menentang pemotretan.

Seni Islam biasanya menumpukan Allah, dan oleh sebab Allah tidak boleh dilambangkan dengan imejan ["All you believe him to be, he is not"], corak geometri dipergunakan sebagai ganti. Corak-corak ini adalah serupa dengan gaya Arabes yang juga melibatkan pengulangan reka bentuk geometri, tetapi tidak semestinya digunakan untuk mengungkapkan idaman susunan dan alam semula jadi.

Seni khat

Rencana utama: Seni khat Islam

Dilarang melukis makhluk dan diajar menghormati al-Quran, para pelukis Islam mengembangkan seni khat Arab sehingga menjadi suatu bentuk seni. Ahli seni khat telah lama menggunakan ayat al-Quran atau peribahasa sebagai seni, dengan menggunakan bahasa Arab yang berbunga-bunga untuk mengungkapkan keindahan yang dirasakan mereka dalam ayat-ayat al-Quran.