Kedah_FA
Kedah_FA

Kedah_FA

Persatuan Bola Sepak Kedah (Inggeris: Kedah Football Association) merupakan wakil negeri Kedah dalam pertandingan bola sepak di Malaysia. Stadium pasukan ini ialah Stadium Darul Aman di Alor Star. Kedah adalah sebuah pasukan elit dan antara yang paling berjaya di dalam bola sepak Malaysia. Kedah juga merupakan antara pasukan yang paling banyak mengecapi pelbagai kejuaraan. Antara pencapaian pasukan Kedah FA adalah dengan rekod 5 gelaran Piala Malaysia, 3 gelaran Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super, 4 gelaran Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana, 5 gelaran Piala FA dan 3 gelaran Piala Sumbangsih. Tahun 2006 dan 2007 merupakan tahun gemilang bagi pasukan Kedah FA. Kerana buat kali pertama dalam sejarah penubuhan KFA, mereka berjaya merangkul gelaran treble kejuaraan utama bola sepak Malaysia. Dengan memenangi Liga Super (liga Utama), Piala FA dan Piala Malaysia di bawah bimbingan jurulatih Azrrai Khor Abdullah.
Paling diingati dan bersejarah adalah Pencapaian Kedah yang juga telah menjadi juara tiga piala bagi dua musim berturut-turut menjadikan Kedah selaku pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.Pencapaian dalam piala Fa tahun 2019 menjadikan Kedah sebagai kelab paling banyak bersama-sama Selangor memenangi piala FA sebanyak lima kali.