Kedar

Qedarite (juga disebut sebagai Kedarite/Cedarene, Cedar/Kedar/Qedar bahasa Arab ﻛﻴﺪاﺭ “Kidar”, atauﺧﹷﻴﺪاﺭ “Khaidar”, atauﻫﹷﻴﺪﺭ“Haidhir”, atauقيدارQāydar, “Qaidhar” dan Kingdom of Qedar) merujuk kepada sebahagian besar masyarakat Arab nomad yang menyertai puak yang tinggal di daerah yang membentang dari barat (sekitar kawasan lembah Paran atau lembah Hijaz) hingga ke timur yang juga bersempadan dengan negeri Babel atau Babylon pada abad ke-8 SM. [1][2][3] Digambarkan sebagai "puak yang paling terorganisasi daripada puak-puak kuno yang lain di Arab Utara," yakni ketika zaman puncak kuasa mereka pada abad ke-6 SM. Mereka menguasai wilayah yang amat luas diantara Teluk Parsi dan Sinai.[4]Qedarite juga dirujuk sebagai suatu nama untuk Qedar atau Kedar, anak kedua Ishmael atau Ismail, seperti yang tercatat dalam Injil bab Genesis (25:13) danTawarikh (1:29), dimana ada juga yang kerap merujuk Qedar sebagai puak (tribe).[1][5] Prasasti ekstrabiblikal yang paling awal ditemui olehahli arkeologi dikatakan berasal dari puak Qedarite yang terletak dibawah naungan pemerintahan Kerajaan Assyria. Sejak dari abad ke-8 dan ke-7 SM, mereka telah menyenaraikan nama-namaRaja dan Permaisuri Qedarite yang telah diperintahkan untuk membayar sejumlah wang ufti kepada Raja Assyria, serta arahan tersebut turut terjatuh untuk dilunaskan oleh orang-orang yang pernah memberontak dan dikalahkan dalam pertempuran oleh kerajaan Assyria. Qedarite turut menggunakanArami dan bahasa Arab klasik dalam inskripsi untuk mengingati Qedarite, yang lebih banyak muncul buat sementara dalam tulisan-tulisan Herodotus, Plinius yang Tua dan Diodorus.Tidaklah begitu jelas untuk mentakrifkan Qedarite sebagai orang ataupun sebagai suatu penyertaan yang berasingan. Puak Qedarite dikatakan bersekutu dengan masyarakat Nabataean, kemungkinan bahawa mereka dimasukkan ke dalam negara Nabataean pada sekitar abad ke-2 Masihi. Para Sarjana Arab yang mempunyai kepakaran dalam bidang geneologi telah membuat suatu kesimpulan yang menyeluruh yang menganggap bahawa Nabi Ismail (atau Ishmael) adalah merupakan nenek moyang kepada Nabi Muhammad dan bangsa Arab, serta mereka juga telah menetapkan leluhur yang sangat penting dalam akaun mereka bahawa kedua-dua putera Nabi Ismail yang pertama iaitu (Nebaioth dan Qedar) adalah amat bersangkutan dengan Salasilah keturunan Nabi Muhammad secara bergantian dan berturutan.