Kelahiran Kehamilan

Rencana utama: Kelahiran

Kelahiran adalah proses di mana bayi dilahirkan. Ia dianggap oleh ramai sebagai permulaan kehidupan seseorang, dan usia ditakrifkan menurut kejadian ini dalam kebanyakan kebudayaan.

Seseorang wanita dianggap akan melahirkan anak apabila dia merasai pengecutan rahim berkala, bersama dengan perubahan pangkal rahim (servik) — terutamanya pada bukaan dan (effacement). Sungguhpun kelahiran dianggap secara meluas sebagai menyakitkan, sesetengah wanita turut melapurkan kelahiran tanpa sakit, sementara yang lain mendapati bahawa menumpukan kepada kelahiran membantu mempercepatkan kelahiran dan megurangkan kesakitan. Kebanyakan wanita mampu melalui kelahiran normal tetapi kadang-kala timbul kerumitan, dan wanita mungkin perlu melalui pembedahan caesarean.

Dalam tempoh sejurus selepas kelahiran, kedua-dua bayi dan ibu akan terjalin hubungan sesama mereka oleh hormon oksitosin yang dibebaskan semasa penyusuan.