Kejuruteraan_kuasa
Kejuruteraan_kuasa

Kejuruteraan_kuasa

Kejuruteraan kuasa ialah satu cabang bidang kejuruteraan elektrik yang melibatkan sistem kuasa, khususnya penjanaan kuasa elektrik, penghantaran kuasa elektrik, pengagihan kuasa elektrik, pertukaran kuasa dan alat elektromekanik. Bidang ini juga menggunakan teori sistem kawalan. Seorang jurutera kuasa menyelia, mengoperasikan dan menyenggara mesin dan pendidih yang membekalkan haba, kuasa, penyejukan, dan perkhidmatan utiliti lain kepada industri berat dan kompleks bangunan besar. Bidang ini juga mencari dan memajukan sumber kuasa baru.