Penerbitan Kekasihku_Seru

80% sesi penggambaran Kekasihku Seru dilakukan di kawasan Janda Baik, Pahang.[3] Emelda Rosmila memikul dua peranan iaitu Marissa dalam latar moden dan Mastura dalam latar 1910-an. Katanya, inilah kali pertama beliau berlakon dalam drama seram. "Saya selalu berhati-hati dan menjaga perlakuan supaya tiada yang datang 'mengganggu'. Selain itu, untuk kebanyakan adegan saya terpaksa berlakon berseorangan. Saya juga terpaksa melakukan banyak adegan lasak untuk menyelamatkan diri daripada Waris yang selalu mengekori saya."[3] Tambahnya lagi, "Sebenarnya sukar hendak mencapai tahap lakonan yang Kabir inginkan. Saya perlu bekerja keras dan akhirnya berjaya juga. Dia bukan setakat mementingkan mutu lakonan tetap kabir juga sangat prihatin mengenai peralatan di set. Jika tertinggal satu barang, dia akan batalkan penggambaran pada hari itu. Jadi setiap orang yang terbabit dalam penggambaran drama itu mesti bersiap sedia. Dia juga mengambil berat mengenai solekan dan pakaian pelakon. Sikap cerewet Kabir itu membuatkan pelakon dan kru perlu bertanggungjawab terhadap kerja masing-masing."[3]kalo tak memang kena penerajanglah dorang termasoklah pelakon2 tu...