Kekebalan_diplomatik

Kekebalan diplomatik adalah satu bentuk kekebalan undang-undang yang memastikan diplomat diberi jaminan keselamatan dan tidak mudah terdedah kepada tuntutan mahkamah atau pendakwaan di bawah undang-undang negara tuan rumah, walaupun mereka masih boleh diusir . Perkara ini telah dipersetujui sebagai undang-undang antarabangsa dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik (1961). Prinsip kekebalan diplomatik kini dianggap sebagai undang-undang adat . Kekebalan diplomatik penting bagi kelangsungan hubungan antara kerajaan terutama konflik bersenjata . Diplomat rasmi biasanya mewakili kerajaan, mendapat keistimewaan dan kekebalan tertentu agar mereka dapat menjalankan tugas mereka. Selain itu, kekebalan diplomatik ini dapat melindungi mereka daripada diperas ugut untuk mengkhianati negara mereka. [1] Bagaimanapun, kekebalan diplomatik kadang-kala tidak melitupi tanggungan mereka, membuka peluang mereka diperas ugut dengan ancaman tindakan pada keluarga mereka pula.Keistimewaan dan kekebalan ini sering membawa kepada salah faham dan konflik. Konvensyen Vienna telah menetapkan undang-undang dan perjanjian, menyediakan standard dan keistimewaan kepada semua negara.Bekas duta Malaysia ke Jerman, Romania dan Sepanyol Dr Azhari Karim memaklumkan bahawa jenayah yang dilakukan seseorang diplomat itu akan tetap disiasat kerana melakukan jenayah di negara asalnya. Dia akan dibicarakan apabila pulang. Pesalah tidak akan dilepaskan jika tuduhan didapati benar. Imuniti diplomatik sering digunakan oleh semua negara bagi melindungi pegawai diplomatnya walaupun melakukan kesalahan peribadi. Namun kes sebegini jarang dihebahkan dalam media.Tindakan menggunakan kekebalan diplomatik bukan sesuatu yang ganjil apabila kerajaan memanggil balik diplomatnya selepas melakukan kesalahan. Negara Barat juga menggunakannya dan seringkali disalah anggap. Imuniti itu terpakai sekalipun merujuk kepada kesalahan peribadi seperti cubaan rogol [2], kemalangan jalan raya,salah pakir kereta , hutang, sewa rumah dan sebagainya.

Rujukan

WikiPedia: Kekebalan_diplomatik http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://books.google.com.my/books?id=V-ZVcsl0h3EC&p... http://www.singaporelawwatch.sg/remweb/legal/ln2/r... http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/2133055.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/2284320.stm http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/a... http://www.guardian.co.uk/world/2010/apr/08/qatari...