Kelapa
Kelapa

Kelapa

Kelapa (bahasa Inggeris: coconut) atau juga lebih dikenali sebagai nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun pinnate sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun pinnae sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.