Kelas_Kedah
Kelas_Kedah

Kelas_Kedah

Kapal peronda luar pantai kelas-Kedah merupakan enam buah kapal yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang dibina berdasarkan rekabentuk kapal kelas MEKO 100 oleh firma Blohm + Voss. Asalnya, sejumlah 27 buah kapal akan dibina, tetapi di sebabkan kelewatan program dan masalah kewangan yang dialami oleh kontraktor utama iaitu PSC-Naval Dockyard (PSC-ND), hanya enam buah kapal sahaja yang dipesan. Pembinaan kapal kelas ini telah dimulakan pada awal tahun 2000-an, dan menjelang tahun 2009, kesemua enam buah kapal berada dalam perkhidmatan aktif. Kini, ia merupakan antara kapal-kapal permukaan termoden yang berada dalam pegangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal ini dinamakan bersempena dengan nama negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.