Dalam
kimia,
kelimpahan semula jadi (natural abundance, NA) merujuk kepada kelimpahan
isotop-isotop sesuatu
unsur kimia yang secara semula jadi boleh ditemui di satu planet. Jisim atom relatif (purata timbangan) isotop-isotop ini ialah
berat atom satu unsur kimia seperti yang ditulis dalam
jadual berkala. Kelimpahan isotop berbeza dari planet ke planet, malah juga dari tempat ke tempat di Bumi, namun tetap malar setiap masa.Sebagai contoh,
uranium mempunyai tiga isotop yang terhasil secara semula jadi: 238U, 235U dan 234U. Kelimpahan semula jadi masing-masing berjulat di antara 99.2739 - 99.2752%, 0.7198 - 0.7202%, dan 0.0050 - 0.0059%.
[1] Andainya 100,000 atom uranium dianalisa, seseorang boleh mengagak terdapat kira-kira 99,275 atom 238U, 720 atom 235U, dan hanya 5 atau 6 atom 234U. Ini kerana 238U adalah jauh lebih stabil daripada 235U ataupun 234U, dan ini boleh dibuktikan dengan
separuh hayat setiap isotop: 4.4468×109 tahun untuk 238U berbanding dengan 7.038×108 bagi 235U dan 245,500 tahun untuk 234U. Namun, kelimpahan semula jadi sesuatu isotop juga dipengaruhi oleh kemungkinan penciptaannya dalam
sintesis nuklear (seperti dalam kes
samarium; 147Sm dan 148Sm yang radioaktif lebih banyak dalam alam semula jadi daripada 144Sm yang stabil) dan juga oleh penghasilan sesuatu isotop melalui isotop semula jadi radioaktif (seperti dalam kes
isotop plumbum radiogenik).