Kelimpahan_unsur-unsur_kimia
Kelimpahan_unsur-unsur_kimia

Kelimpahan_unsur-unsur_kimia

Kelimpahan unsur-unsur kimia mengukur betapa banyak (atau sedikit) sesuatu unsur, ataupun berapa banyak unsur itu yang ada di dalam persekitaran tertentu dibandingkan dengan unsur-unsur lain. Kelimpahan boleh diukur dengan pecahan jisim (sama seperti pecahan berat), pecahan mol (pecahan atom-atom mengikut pengiraan angka, atau kadangkala pecahan molekul-molekul dalam gas) atau pecahan isipadu. Ukuran dengan pecahan isipadu ialah cara ukuran yang biasa untuk gas-gas bercampur seperti atmosfera-atmosfera planet, dan hampir dengan pecahan mol molekul bagi campuran gas ideal (misalnya, campuran gas pada kepadatan dan tekanan yang agak rendah).Contohnya, kelimpahan oksigen di dalam air mengikut pecahan jisim ialah 89% kerana itulah pecahan oksigen di dalam jisim air. Namun, kelimpahan oksigen di dalam air mengikut pecahan mol hanyalah 33% kerana hanya 1 atom daripada 3 atom di dalam satu molekul air ialah oksigen. Di dalam keseluruhan alam semesta dan di dalam atmosfera-atmosfera gergasi-gergasi gas seperti Musytari dan Zuhal, kelimpahan hidrogen dan helium mengikut pecahan jisim ialah kira-kira 74% dan 23-25% mengikut urutan, sementara pecahan mol atom bagi unsur-unsur ini adalah lebih hampir kepada 92% dan 8%. Namun, oleh kerana gas hidrogen adalah gas dwiatom dan helium tidak, di dalam keadaan atmosfera luaran Musytari, pecahan mol molekul di atmosfera luaran Musytari bagi hidrogen ialah 92%, dan 13% untuk helium.Kebanyakan kelimpahan yang dinyatakan di dalam rencana ini diberikan dalam bentuk pecahan jisim.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Berkaitan