Kelompok etnik (
Tulisan Jawi: كلومڤوك ايتنيك) ialah
kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap.
[1][2] Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti
budaya,
bahasa,
agama, dan
tingkah laku.
[3] Proses yang melahirkan pengenalpastian sebegini dikenali sebagai
etnogenesis.Keetnikan ialah satu cara yang penting bagi manusia mengaitkan diri. Menurut sidang "Cabaran Mengukur Sebuah Dunia Etnik: Sains, Politik, dan Kenyataan"
[4] yang dianjurkan bersama-sama oleh
Statistik Kanada dan
Biro Banci Amerika Syarikat (1-3 April 1992), "Keetnikan ialah faktor asas dalam kehidupan manusia: ia merupakan fenomena yang sebati dalam pengalaman manusia".
[5]Bagaimanapun, banyak
ahli sains sosial seperti
ahli antropologi Fredrik Barth dan
Eric Wolf tidak menganggap identiti etnik sebagai sejagat. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa keetnikan merupakan satu hasil daripada jenis interaksi antara kelompok yang tertentu, bukan satu sifat sebati yang asas dalam kelompok manusia.
[6] Pada keseluruhannya, anggota sesebuah kelompok etnik mendakwa kesinambungan budaya melalui masa. Sungguhpun demikian,
ahli sejarah dan
ahli antropologi budaya telah memerhati bahawa seringnya, banyak daripada
nilai, amalan, dan
norma yang dikatakan membayangkan kesinambungan dengan zaman lampau sebenarnya merupakan suatu rekaan yang agak baru.
[7][8]