Keluarga_Hyuga

Keluarga Hyuga merupakan satu watak dalam Naruto yang merujuk pada salah sebuah keluarga yang tua, kuat dan terhormat di Konoha.[perlu rujukan] Keluarga ini terbahagi kepada dua bahagian - keluarga utama (宗家, Sōke) dan keluarga bawahan (分家, Bunke). Keluarga utama menguruskan keluarga Hyuga manakala keluarga bawahan berfungsi sebagai pelindung. Ahli bagi keluarga bawahan ditanda dengan tanda sumpahan. Tanda ini membenarkan ahli keluarga utama mengawal ahli keluarga bawahan kerana mereka boleh menghancurkan otak ahli keluarga bawahan dengan satu gerakan tangan. Tanda sumpahan ini menjamin keselamatan rahsia keluarga Hyuga, Byakugan kerana tanda ini mengunci Byakugan selepas ahli tersebut meninggal dunia. Terdapat banyak kepahitan dan dendam antara ahli keluarga kedua-dua bahagian ini kerana tidak kira sekuat dan sehandal mana ahli keluarga bawahan, mereka hanya berfungsi sebagai pelindung keluarga Hyuga. Sikap dan pemikiran ini jelas dilihat dalam Hizashi dan Neji.