Keluarga_Weasley
Keluarga_Weasley

Keluarga_Weasley

Keluarga Weasley merupakan keluarga sihir rekaan J. K. Rowling dalam siri Harry Potter. Keluarga ini amat menonjol dalam siri kerana anak lelaki yang paling muda iaitu Ron Weasley, merupakan sahabat baik bagi protagonis siri ini iaitu Harry Potter. Mereka adalah antara keluarga berdarah sihir tulen yang tinggal. Pasangan Weasley mempunyai tujuh orang anak dan kesemuanya mempunyai jeragat dan berambut merah. Dalam laman web rasminya, Rowling menerangkan mengapa dia memilih nama keluarga dan warna rambut bagi keluarga ini:Terdapat juga kepercayaan yang mengaitkan orang berambut merah dengan nasib malang (Judas Escariot dikatakan berambut merah), tetapi ini adalah tahyul semata-mata. Saya sukakan rambut merah seperti juga wesel.