Kelurahan

Provinsi
Daerah KhususDaerah Istimewa
KabupatenKota
Kabupaten Tadbir
SagoeKecamatan
DistrikSagoe Cut
KelurahanDesa
NagariKampungGampongDusunLingkungan
Rukun Warga
Rukun TetanggaKelurahan ialah sebuah kawasan pentadbiran di Indonesia di bawah kecamatan. Kawasan ini diketuai oleh seorang Lurah. Dalam konteks autonomi daerah di Indonesia, kelurahan ialah unit pemerintahan yang terkecil dalam hierarki pentadbiran kabupaten atau kota. Walaupun setaraf dengan desa, ia mempunyai kuasa yang lebih terbatas kerana desa bukanlah bawahan kecamatan dan justeru ini, tidak merupakan sebahagian hierarki pentadbiran kabupaten atau kota. Dalam perkembangannya, sebuah desa boleh ditingkatkan statusnya menjadi sebuah kelurahan. Secara definisi bolehlah diperjelas bahawa kelurahan merupakan sesebuah perkampungan atau desa yang besar.