Kelvin

Kelvin (simbol: K) adalah unit suhu SI yang merupakan salah satu daripada tujuh unit asas SI. Kelvin ialah unit ukuran suhu pada skala suhu (mutlak) termodinamik.Mengikut takrifan BIPM:Melalui persetujuan antarabangsa, unit "kelvin" dan skalanya ditakrifkan oleh dua titik: sifar mutlak, dan titik tigaan air lautan yang disediakan secara khas. Sifar mutlak merupakan titik nol skala kelvin (0 K) dan merupakan keadaan di mana semua pergerakan (kinetik) suhu untuk zarah-zarah yang membentuk jirim berhenti dan berada dalam keadaan rehat dari segi bukan mekanik kuantum yang "klasik". Titik tigaan air ditakrifkan sebagai tepat 273.16 K. Takrif ini menetapkan setiap pertambahan 1-kelvin sebagai tepat satu bahagian dalam 273.16 bahagian antara perbezaan sifar mutlak dengan titik tigaan air. Satu kelvin mempunyai magnitud yang tepat sama dengan pertambahan satu darjah dalam skala Celsius, kecuali hanya bahawa titik nol Celsius adalah tidak sama; 0 °C = 273.15 K.Unit ini dinamakan sempena William Thomson, Baron Pertama Kelvin, seorang ahli fizik kelahiran Ireland Utara yang mula mengusulkan suatu skala menyukat suhu yang mutlak.