Kem_pelarian
Kem_pelarian

Kem_pelarian

Kem pelarian adalah sebuah penempatan sementara yang dibina bagi menerima pelarian. Beratus-ratus ribu orang mungkin mendiami sebuah kem. Biasanya kem ini dibina dan diuruskan oleh kerajaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau pertubuhan antarabangsa (seperti Palang Merah) atau NGO.Secara amnya, kem-kem pelarian dibina secara spontan dan direka bagi memenuhi keperluan asas manusia untuk jangka waktu yang singkat. Beberapa kem pelarian adalah kotor dan tidak bersih. Sekiranya kepulangan para pelarian tidak dapat dilakukan (sering kali disebabkan oleh perang saudara), krisis kemanusiaan boleh terjadi.Beberapa kem pelarian telah wujud selama berdekad-dekad dan para pelarian ini telah tinggal untuk tempoh yang lama, yang mana kedua-duanya membawa implikasi besar kepada hak asasi manusia. Beberapa darinya berkembang dan menjadi petempatan kekal dan akhirnya bergabung dengan komuniti berhampiran, contohnya kem pelarian Ain al-Hilweh dan Deir al-Balah.