Kemaman
Kemaman

Kemaman

Kemaman merupakan daerah di negeri Terengganu, Malaysia. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan. Kemaman merupakan salah satu gerbang masuk ke Terengganu ini. Daerah Kemaman bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun.Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa Pertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan salah satu cabaran kepada Majlis Perbandaran Kemaman terutama Fasa Kedua yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu. Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Enakmen Negeri Terengganu, Bil 5 tahun 2002 pada 1 Januari 2002. Dan diberi pemasyhuran pada 02 Februari 2002.Kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi di Kemaman adalah cukup ketara semenjak perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui Fasa Kedua (1995-2010) yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu. Ianya menjadi tunjang pembangunan sektor perindustrian di samping galakan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sektor perindustrian lain di negeri Pantai Timur Semenanjung.Kewujudan Koridor Pantai Timur dan dengan adanya pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Kemaman, merupakan faktor-faktor penyumbang kearah kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran. Kenaikan taraf ini akan dapat memainkan peranan dengan lebih daya saing terutama dari segi sosio-ekonomi dan memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada penduduk di dalam kawasan pentadbirannya.Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai. Setiap mukim daerah Kemaman akan ditadbir oleh seorang penghulu dan semua penghulu ini akan dikawal selia orang seorang Penghulu Kanan. Pentadbir tertinggi daerah Kemaman ialah Pegawai Daerah. Sehingga ke hari ini, bermula daripada tahun 1888 hingga ke tahun 2011, daerah Kemaman telah ditadbir oleh seramai 38 orang Pegawai Daerah. Pegawai Daerah pertama ialah Dato’ Seri Lela Di Raja Encik Abdul Rahman bin Ishak dan Pegawai Daerah terkini ialah Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman.Pada masa kini, daerah Kemaman telah muncul sebagai salah sebuah daerah yang maju di negeri Terengganu terutama dengan munculnya pelbagai jenis industri terutama yang berkaitan dengan industri petro kimia. Banyak syarikat asing luar negara telah melabur di Kemaman dan kebanyakannya telah berjaya membuka kilang-kilang yang bersaiz mega. Antara yang terkenal termasuklah Slumberger, Haliburton, Aldwich Bhd., TCC Industries dan beberapa syarikat tempatan seperti Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS), Perwaja Steel dan beberapa syarikat lain. Di daerah Kemaman juga terdapat sebuat pusat pendidikan tinggi yang bertaraf lima bintang, iaitu Kolej Universiti TATI (TATiUC) di Teluk Kalung yang menawarkan kursus-kursus teknikal dan kemahiran khususnya kepada penuntut dari seluruh negara.

Rujukan

WikiPedia: Kemaman http://terengganucunsokmo.blogspot.com/2010/05/ent... http://travelingluck.com/Asia/Malaysia/Terengganu/... http://www.mot.gov.my/English/Agencies/Kemaman_por... http://www.mpkemaman.gov.my/kawasan/mpenduduk.htm http://www.mpkemaman.gov.my/profail/sejarah.htm http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/home http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/jom-jalan?p... http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/zoo_info http://ptkemaman.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi... https://www.youtube.com/watch?v=XaxanJOaibU