Kemasik

Kemasik (juga dieja Kemasek) merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Kertih. Penduduk seringkali mengunjungi bandar yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat seperti institusi perbankan, pasaraya-pasaraya besar dan perkhidmatan kerajaan dan sawasta seperti pejabat pos, hospital dan sebagainya. Kedudukannya yang stategik dan sistem perhubungan yang efisien memudahkan penduduk untuk keluar dan juga memudahkan pengunjung yang ingin datang bersantai disini. Kemasik juga pernah menjadi venue permulaan peringkat 9 Le Tour de Langkawi 2012 dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7 Km.