Ekonomi Kemboja

Rencana utama: Ekonomi Kemboja
Petani menuai padi di Wilayah Battambang.

Pada tahun 2011, pendapatan per kapita Kemboja mengikut adalah $2,470 secara pariti kuasa beli dan $1,040 secara nominal. Pendapatan per kapita negara ini kian meningkat tetapi masih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kebanyakan isirumah luar bandar bergantung pada sektor pertanian dan asas tani. Beras, ikan, kayu balak, pakaian, dan getah adalah eksport utama Kemboja. Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) memperkenalkan semula lebih daripada 750 varian beras tradisional ke Kemboja dari tabung benih padinya di Filipina.[21] Varian-varian tersebut dikumpul pada 1960-an.

Punca pendapatan mata wang utama Kemboja adalah industri pembuatan pakaian, pelancongan dan pertanian. Industri pembuatan pakaian mewakili bahagian terbesar dalam sektor perkilangan Kemboja dengan 80% daripada jumlah eksport negara. Pada 2012, eksport meningkat sebanyak 8% kepada $4.61 bilion dari 2011. Pada separuh pertama 2013, nilai eksport industri pembuatan pakaian berjumlah $1.56 bilion.[22] Sektor ini mengambil 335,400 pekerja, 91% daripadanya wanita.

Pemandangan Angkor Wat di Siem Reap. Kini Angkor Wat adalah tarikan pelancong utama Kemboja yang dikunjungi warga seluruh dunia.

Industri pelancongan adalah punca pendapatan mata wang utama kedua terbesar di Kemboja selepas industri pembuatan tekstil.[23] Dari Januari hingga Disember 2007, kedatangan pelancong sebanyak 2.0 juta orang, iaitu peningkatan sebanyak 18.5% dari tempoh yang sama pada 2006. Kebanyakan pelawat (51%) tiba melalui Siem Reap, di mana letaknya tarikan pelancong terunggul negara iaitu Angkor Wat, dan yang selebihnya (49%) melalui Phnom Penh dan lain-lain destinasi.[24]

Pertanian adalah tulang belakang tradisional ekonomi Kemboja. Sektor pertanian menyumbang kepada 90% KDNK pada 1985 dan mengambil kerja kira-kira 80% tenaga kerja negara. Komoditi utamanya ialah beras. Selain itu juga ditanamnya jagung, ubi kayu, keledek, kacang tanah, kacang soya, bijan, kacang kering, dan getah. Tanaman dagangan utama adalah getah, malah pada 1980-an getah merupakan komoditi utama penting yang hanya mengekori beras, malah merupakan salah satu daripada sedikit punca pendapatan mata wang asing negara.

Rujukan

WikiPedia: Kemboja http://www.abc.net.au/7.30/content/2014/s4007692.h... http://www.bbc.com/news/in-pictures-26865946 http://www.cambodiadaily.com/archives/landmine-une... http://www.cambodiadaily.com/news/life-expectancy-... http://investvine.com/cambodias-textile-industry-g... http://www.khmertimeskh.com/news/13400/ramadan-end... http://www.khmertimeskh.com/news/1976/landmine-cas... http://www.methodfinder.com/wfpatlas/index.php?pag... http://www.nationmaster.com/graph/peo_eth_gro-peop... http://www.phnompenhpost.com/index.php/20110518491...