Politik Kemboja

Rencana utama: Politik Kemboja
Raja Norodom Sihamoni bersama Maharani Balu Norodom Monineath

Politik negara Kemboja dilangsungkan dalam kerangka perlembagaan negara 1993. Kerajaan Kemboja merupakan sisten raja berperlembagaan yang dikendalikan sebagai demokrasi berparlimen. Ketua kerajaan adalah jawatan Perdana Menteri Kemboja yang dipegang oleh Hun Sen sejak 1985, sedangkan ketua negara adalah Raja Kemboja (kini Norodom Sihamoni). Perdana Menteri dilantik oleh raja atas nasihat dan kelulusan Perhimpunan Negara. Kuasa eksekutif dilaksanakn oleh perdana menteri dan para lantikan kementerian.

Kuasa perundangan dikongsi oleh eksekutif dan Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Perhimpunan Negara (រដ្ឋសភាកម្ពុជា, Rotsaphea) dan Senat (ព្រឹទ្ធសភានៃព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា, Protsaphea). Perhimpunan Negara terdiri daripada 123 ahli yang dipilih melalui sistem perwakilan berkadar dan berkhidmat untuk sehingga lima tahun sepenggal. Senat pula ada 61 ahli, dua daripadanya dilantik oleh raja dan dua lagi oleh Perhimpunan Negara, dan yang selebihnya dipilih oleh ahli-ahli majlis komun daripada 24 wilayah Kemboja. Senator berkhidmat selama enam tahun sepenggal.[19]

Pada 14 Oktober 2004, Raja Norodom Sihamoni dipilih oleh majlis takhta sembilan ahli dalam tatacara pemilihan yang segera dilaksanakan selepas turunnya Raja Norodom Sihanouk dari takhta seminggu sebelum itu. Pemilihan Sihamoni direstui oleh Perdana Menteri Hun Sen dan Yang Dipertua Dewan Perhimpunan Negara Putera Norodom Ranariddh (saudara tiri baginda) yang kedua-duanya ahli majlis takhta. Beliau dinobatkan di Phnom Penh pada 29 Oktober 2004.

Rujukan

WikiPedia: Kemboja http://www.abc.net.au/7.30/content/2014/s4007692.h... http://www.bbc.com/news/in-pictures-26865946 http://www.cambodiadaily.com/archives/landmine-une... http://www.cambodiadaily.com/news/life-expectancy-... http://investvine.com/cambodias-textile-industry-g... http://www.khmertimeskh.com/news/13400/ramadan-end... http://www.khmertimeskh.com/news/1976/landmine-cas... http://www.methodfinder.com/wfpatlas/index.php?pag... http://www.nationmaster.com/graph/peo_eth_gro-peop... http://www.phnompenhpost.com/index.php/20110518491...