Kementerian Kerja Raya Malaysia

Kementerian Kerja Raya (Tulisan Jawi: كمنترين كرجا راي; singkatan: KKR) Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang. Kementerian ini diterajui oleh YB Tuan Baru Bian.

Kementerian Kerja Raya Malaysia

Kakitangan 11,942 (2018)
Tapak web www.kkr.gov.my
Belanjawan tahunan MYR 5,768,104,300 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Zohari Akob, Ketua Setiausaha
Jenis Kerajaan
Menteri bertanggungjawab
Ibu pejabat Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Dibentuk 9 Ogos 1955; 64 tahun yang lalu (1955-08-09)
Timbalan menteri bertanggungjawab