Kemimikan
Kemimikan

Kemimikan

Kemimikan ialah keserupaan rupa satu spesies dengan spesies lain yang bertujuan melindungi salah satu atau kedua-dua spesies.[1]Kemimikan terjadi apabila sekelompok hidupan yang dipanggil mimik, berevolusi untuk mengajuk ciri-ciri yang serupa dengan kelompok yang lain, iaitu model.[2] Evolusi ini dipacu oleh tindakan berpilih penerima isyarat, atau mangsa tipu.[3] For example, birds that use sight to identify palatable insects (the mimics), whilst avoiding the noxious models. Keseluruhannya, situasi ini dikenali sebagai kompleks kemimikan.[3] Model biasanya merupakan spesies lain kecuali untuk automimik. Penerima isyarat biasanya berbentuk hidupan perantaraan lain seperti pemangsa yang mengejar kedua-dua spesies itu, ataupun model itu sendiri, seperti rama-rama yang menyerupai labah-labah pemangsanya.[4] Kemimikan sebagai sebentuk interaksi selalunya memberi kelebihan kepada si mimik serta memudaratkan penerima tindakan mimik itu, dan mengikut keadaan, juga boleh meningkatkan, mengurangkan atau tidak memberi kesan kepada ketegapan si model.Penyamaran (camouflage), iaitu spesies menyerupai persekitaran, pada asasnya merupakan sebentuk kemimikan visual. Di antara penyamaran dan kemimikan ialah mimesis, yang mana si mimik mengajuk ciri-ciri pada benda atau hidupan tertentu, tetapi tidak diendahkan oleh penerima isyarat.[5] Kekaburan perbezaan antara fenomena kemimikan dan penyamaran itu boleh dilihat pada haiwan yang menyerupai ranting, kulit kayu, daun atau bunga, yang mana haiwan-haiwan ini dikelaskan sebagai penyamar (tumbuhan adalah "persekitarannya"), tetapi juga dikira sebagai mimik (tumbuhan juga hidupan).[6]p51 Crypsis ialah konsep am yang merangkumi segala cara mengelak dari dikesan, seperti memimik, menyamar, bersembunyi dsb.[7]Selain kemimikan visual yang cukup ketara kepada manusia, namun juga terlibatnya deria-deria lain seperti pembauan atau pendengaran, lebih-lebih lagi keluarnya juga lebih daripada satu isyarat.[6] Kemimikan melibatkan morfologi, kelakuan, dan lain-lain sifat. Selalunya, isyarat ini berfungsi memperdaya penerimanya dengan mengelakkannya dari mengenal pasti mimiknya. Dari segi evolusi, fenomena ini adalah sebentuk evolusi bersama yang biasanya melibatkan perlumbaan senjata evolusi.[7]p161 Jangan dikelirukannya dengan evolusi tumpu yang berlaku apabila spesies-spesies menyerupai satu sama lain secara bebas dengan menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang serupa.Spesies mimik boleh menggunakan model berbeza mengikut peringkatnya dalam kitaran hidup, atau menjadi polimorf, iaitu individu berbeza sespesies meniru model berbeza. Begitu juga, model itu boleh ada lebih daripada satu mimiknya, namun pemilihan bersandarkan kekerapan lebih menyebelahi keadaan yang mana model melebihi mimik. Model biasanya merupakan hidupan yang agak rapat persaudaraan dengan mimiknya,[8] tetapi boleh jadi juga mimik kepada model yang jauh berlainan spesiesnya. Kebanyakan mimik yang diketahui adalah serangga,[6] selebihnya termasuk mamalia dan haiwan-haiwan lain. Tumbuhan dan kulat juga boleh menjadi mimik, itupun tidak cukup diberi perhatian dalam penyelidikan.[9][10][11]