Kemuncup
Kemuncup

Kemuncup

Andropogon aciculatus
Raphis acicularisKemuncup (Chrysopogon aciculatus Retz) adalah sejenis rumput dari keluarga Poaceae (dulu keluarga Graminae) yang tumbuh dibanyak kawasan dan bijinya sering melekat pada seluar jika kita melaluinya. Rumput ini juga dipanggil sebagai Rumput Jarum atau dalam bahasa Inggeris sebagai Love grass atau juga dipanggil sebagai pilipiliuala. Rumput kemuncup ini mempunyai nama botani sinomim dengan Andropogon aciculatus Retz. Rumput kemuncup tumbuh dikawasan terbuka dengan renek yang mudah kita jumpa dikawasan lapang seperti dipadang bola, tepi jalan, halaman rumah, dalam kebun, diatas padang golf dan sebagainya. Rumput ini juga merupakan rumput yang ditanam dikawasan padang bolasepak kerana ia mempunyai daya ketahanan baik serta tahan lasak.