Sosial Keningau

Bahasa

Bahasa Melayu meluas di gunakan di bandar ini yakni mengunakan loghat Melayu Sabah yang dipengaruhi oleh dialek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang dituturkan di Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana mempunyai perbezaan sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Bahasa Inggeris dan juga dialek-dialek suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Cina meluas digunakan di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang digunakan di Keningau seperti berikut:

Bahasa Melayu BakuLoghat Bahasa Melayu
Limpastumpang lalu
ngamsesuai, sepadan
bangasbasi
bangalimerujuk kepada keturunan Pakistan
batagarberkarat
bikinbuat
paluibodoh
pantatpunggung
sanditeruk
siringtepi

Bahasa ini juga digunakan di daerah-daerah lain yang majoriti didiami oleh Kadazandusun seperti di Pantai Barat Sabah. Ini dibuktikan dengan pelancaran siaran Radio Keningau FM menggunakan Melayu Sabah, namun telah diperhalusi agar pendengar-pendengar dari luar boleh memahami mesej yang disampaikan yang telah beroperasi dari 7 Februari 2009 lalu.

Budaya

Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum Kadazandusun dan Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya.

Pendidikan

Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat pendidikan dari tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat pelajaran dengan mudah. Dari segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah nama sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.

Senarai Sekolah Rendah
  1. Sekolah Kebangsaan Ambual
  2. Sekolah Kebangsaan St.James
  3. Sekolah Kebangsaan Apin-Apin
  4. Sekolah Kebangsaan Banjar
  5. Sekolah Kebangsaan Batu Lunguyan
  6. Sekolah Kebangsaan Rancangan Biah
  7. Sekolah Kebangsaan Binaong
  8. Sekolah Kebangsaan Bingkor
  9. Sekolah Kebangsaan Bonor
  10. Sekolah Kebangsaan Bulu Silou
  11. Sekolah Kebangsaan Bundu Apin-Apin
  12. Sekolah Kebangsaan Bunsit
  13. Sekolah Kebangsaan Kawakaan
  14. Sekolah Kebangsaan Dalit
  15. Sekolah Kebangsaan Delayan Tulid
  16. Sekolah Kebangsaan Kabatang Baru
  17. Sekolah Kebangsaan Kalampun
  18. Sekolah Kebangsaan Kampong Baru
  19. Sekolah Kebangsaan Kampong Biah
  20. Sekolah Kebangsaan Kampong Keningau
  21. Sekolah Kebangsaan Karamatoi
  22. Sekolah Kebangsaan Jaya Baru
  23. Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau
  24. Sekolah Kebangsaan Inandung
  25. Sekolah Kebangsaan Bariawa Ulu
  26. Sekolah Kebangsaan Kapayan Baru
  1. Sekolah Kebangsaan Lanas
  2. Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin
  3. Sekolah Kebangsaan Luagan
  4. Sekolah Kebangsaan Magatang
  5. Sekolah Kebangsaan Mansiat
  6. Sekolah Kebangsaan Membulu
  7. Sekolah Kebangsaan Menawo
  8. Sekolah Kebangsaan Merampong
  9. Sekolah Kebangsaan Mamagun
  10. Sekolah Kebangsaan Pasir Putih
  11. Sekolah Kebangsaan Pohon Batu
  12. Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba
  13. Sekolah Kebangsaan Senagang
  14. Sekolah Kebangsaan Sinaron Tengah
  15. Sekolah Kebangsaan Sodomon
  16. Sekolah Kebangsaan Sook
  17. Sekolah Kebangsaan Membulu
  18. Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud
  19. Sekolah Kebangsaan Tulid
  20. Sekolah Kebangsaan Ulu Liawan
  21. Sekolah Kebangsaan Ansip
  22. Sekolah Kebangsaan Malima
  23. Sekolah Kebangsaan Penagatan
  24. Sekolah Kebangsaan Sinua
  25. Sekolah Kebangsaan Meninipir
  26. Sekolah Kebangsaan Malaing
  27. Sekolah Kebangsaan Bunga Raya
  28. Sekolah Kebangsaan Sinulihan Baru
  29. Sekolah Kebangsaan Simbuan Tulid
  30. Sekolah Kebangsaan Ulu Senagang
  31. Sekolah Kebangsaan Gaulan
  32. Sekolah Kebangsaan Petikang Laut Keningau
  33. Sekolah Kebangsaan Binuwou Tengah
  34. Sekolah Kebangsaan Rancangan Belia Tuilon
  35. Sekolah Kebangsaan Binakaan
  36. Sekolah Kebangsaan Bunang Sook
  37. Sekolah Kebangsaan Lintuhun Baru
  38. Sekolah Kebangsaan Nangkawangan
  39. Sekolah Kebangsaan Nandagan
  40. Sekolah Kebangsaan Binanon
  41. Sekolah Kebangsaan Pangas
  42. Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
  43. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Yin
  44. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Kong
  45. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Ming

Terdapat beberapa sekolah di atas terletak atau berlokasi dalam daerah Nabawan tetapi pusat pentadbiran pendidikan berpusat di Keningau disebabkan faktor jarak yang lebih dekat berurusan dalam daerah Keningau.

Senarai sekolah menengah
  1. Kolej Vokasional Keningau
  2. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ken Hwa
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad II
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Sook
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis Xavier
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid
Senarai pengajian tinggi
  1. Institut Perguruan Keningau [IPG]
  2. Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah [IPDAS]
  3. Giat MARA KENINGAU
  4. Kolej Geomatika Cawangan Keningau
  5. Open University Malaysia (Keningau Learning Centre)

Senarai Perpustakaan Awam:

A.   Perpustakaan Desa

  1. Perpustakaan Desa Kg Tulid, Sook, Keningau
  2. Perpustakaan Desa Kg Nambayan, Tambunan
  3. Perpustakaan Desa Kg Meninipir, Keningau
  4. Perpustakaan Desa Kg Beriawa Ulu, Keningau
  5. Perpustakaan Desa Kg Sinagang, Keningau
  6. Perpustakaan Desa Kg Kahaba, Keningau
  7. Perpustakaan Desa Kg Sunsuron, Tambunan
  8. Perpustakaan Desa Kg Pahu, Tambunan
  9. Perpustakaan Desa Pekan Apin-Apin, Keningau
  10. Perpustakaan Desa Kampung Kapayan Baru
  11. Perpustakaan Desa Kampung Sinulihan, Keningau
  12. Perpustakaan Desa Kampung Marasak, Keningau
  13. Perpustakaan Desa Kampung Mansiat, Sook, Keningau
  14. Perpustakaan Desa Kampung Panagatan Ulu, Keningau

B.   Perpustakaan Cawangan

  1. Perpustakaan Awam Cawangan Tambunan
  2. Perpustakaan Wilayah Keningau, KM. 1, Jalan Sekolah Menengah Ken Hwa

Agama

Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti oleh kaum Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran Indonesia. Antara gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis Xavier, Gereja Anglican, gereja Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar, dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga bertapak di daerah ini yang dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu dari Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha oleh kaum Cina.

Rujukan

WikiPedia: Keningau http://dialograkyat.blogspot.com/2010/12/keningau-... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18615 //scholar.google.com/scholar?q=%22Keningau%22 //www.google.com/search?&q=%22Keningau%22+site:new... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kenin... //www.google.com/search?q=%22Keningau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Keningau%22... http://www.tahanlama.com.my/Malaysia+History http://www.sabah.gov.my/md.kgu/index.php?lang=en http://www.sabah.gov.my/pd.kgu/