Kenny,_Remy_&_Martin

Kumpulan Kenny, Remy & Martin ialah sebuah kumpulan muzik dari Malaysia. Apa yang menarik mengenai kumpulan ini adalah ketiga - tiga ahli terdiri daripada kaum Cina iaitu Kenny, Remy & Martin. Namun begitu, lagu - lagu yang dihasilkan adalah dalam bahasa Melayu. Antara lagu - lagu popular yang masih menjadi siulan adalah lagu Ku Petik Bintang - Bintang dan Suratan atau Kebetulan.