Kenyah
Kenyah

Kenyah

Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang menetap secara luas di daerah Telang Usan dan Belaga dalam bahagian Miri, Kapit dan Bintulu di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia. Kaum ini digolongkan bersama-sama dengan kaum-kaum asal di Utara Sarawak seperti kaum Kayan, Penan, Kelabit, Lun Bawang lalu membentuk golongan yang lebih umum, iaitu kaum Orang Ulu(hanya di Sarawak). Di Kalimantan pula, Kaum Kenyah tergolong dalam istilah yang lebih besar iaitu kaum Dayak. Kaum Kenyah terdiri daripada kumpulan sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kenyah Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Uma' Sambop, dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan dikatakan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah.| |( Untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada buku " Migration of Kenyah Badeng" by Vom Roy with an introduction by Dr. Tan Chee Beng published by Institute of Advanced studies University Malaya in 1993 dan Buku "Kenyah Badeng" dalam bahasa Kenyah Badeng oleh Vom Roy pada tahun 1988. Kedua buku ini cerita mengenai asal-usul semua Kenyah, Kayan dan Dayak lain. Buku ini ada di jabatan Muzium Sarawak dan juga boleh didapati dari Vom Roy.