Sinopsis Kenyalang_I'm_In_Love

Mengisahkan AJ (Hafeez Mikail) dan Wanda (Ain Edruce) yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila Wanda pulang ke Sarawak setelah ibunya meninggal dunia. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul (Syaffiq Sahli).

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra (Intan Najuwa), yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ. AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Daniel oleh datuknya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Adakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

Berkaitan