Kepanjangan_vokal

Dalam bidang linguistik, kepanjangan vokal ialah jangka masa yang dicerap bagi sesuatu vokal. Selalunya kronem atau "kepanjangan" itu bertindak sebagai konsonan, misalnya dalam beberapa variasi bahasa Inggeris. Kepanjangan vokal merupakan faktor fonemik dalam bahasa-bahasa Arab, Czech, Estonia, Hindi, Sanskrit, Fiji, Finland, Jepun, Hawaii, Hungary, Slovenia, Latin Klasik, Nahuatl Klasik, Lombard, Jerman, Belanda, Latvia, Inggeris Lama, Samoa, Lao, Thai, dan Vietnam, antara lainnya, di samping memainkan peranan fonetik dalam kebanyakan loghat Inggeris di England, di samping juga beberapa loghat di Australia dan New Zealand.Bahasa yang membezakan kepanjangan vokalnya biasanya membezakan dua kepanjangan iaitu vokal pendek dan vokal panjang. Banyak juga bahasa-bahasa yang langsung tidak membezakan kepanjangan vokal. Terdapat sebilangan kecil bahasa yang membezakan tiga kepanjangan vokal, misalnya bahasa Luiseño. Juga dalam sebilangan bahasa adanya perkataan yang mana vokal panjang diikuti oleh vokal lagi, cth: bahasa Jepun: hōō "burung phoenix" atau bahasa Estonia: jäääär "hujung ais".