Kerabat_Tudor
Kerabat_Tudor

Kerabat_Tudor

Kerabat Tudor adalah sebuah keluarga diraja England yang berketurunan Welsh,[1] yang mana berdarah keturunan waris lelaki daripada Tudors dari Penmynydd. Raja-raja Tudor memerintah England dan jajahan takluknya, termasuk tanahair nenek moyang mereka Wales dan Ketuanan Ireland (kemudian Kerajaan Beraja Ireland) bermula pada tahun 1485 sehingga tahun 1603, dengan lima orang raja pada tempoh ini. Dinasti Tudor mengantikan Kerabat Plantagenet sebagai pemerintah Kerajaan Beraja England, yang mana kemudian digantikan dengan Kerabat Stuart. Raja pertamanya, Henry VII, menaiki takhta melalui ibu beliau yang mana berasal daripada cabang sah dalam Kerabat Lancaster di England. Keluarga Tudor mendapat kuasa semasa kebangkitan Perang Bunga Ros, yang mana menyebabkan Kerabat Lancaster, yang disokong oleh Tudors, musnah.Henry Tudor berjaya menjadikan beliau sebagai seorang calon raja bukan hanya di sebabkan oleh kerana merupakan penyokong tradisi Lancaster, tetpi juga merupakan penentang tegar kepada Kerabat York, dan keupayaan beliau menaiki takhta dengan cara hak penaklukan. Kemenangan beliau dalam Pertempuran Padang Bosworth diperkuatkan oleh perkahwinan beliau dengan Elizabeth dari York, anak perempuan kepada Edward IV, secara simboliknya menyatukan kumpulan-kumpulan yang bermusuh di bawah sebuah dinasti baru. Kerabat Tudor berjaya meluaskan kuasa mereka melangkaui wilayah England moden, mencapai kesatuan penuh England dan Prinsipaliti Wales pada tahun 1542 (Undang-undang di Wales Akta 1535 dan 1542), dan berjaya mendapat pengakuan kekuasan England ke atas Kerajaan Beraja Ireland. Mereka juga berjaya mengekalkan tuntutan nominal England ke atas Kerajaan Beraja Perancis; meskipun tiada seorang pun berjaya melakukannya, Henry VIII mengistiharkan perang ke atas Perancis dalam cubaan untuk membuat tuntutan ke atas takhta. Selepas itu, anak perempuan beliau Mary I pula kehilangan kawalan ke atas wilayah di Perancis buat selama-lamanya dengan kejatuhan Calais pada tahun 1558.Keseluruhannya, seramai lima orang raja-raja Tudor memerintah kerajaan selama lebih satu kurun. Henry VIII merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Henry VII yang hidup sehingga umur matang. Isu-isu berkenaan pewarisan diraja (termasuk perkahwinan dan hak-hak pewarisan perempuan) menjadi tema politik utama semasa era Tudor. Kerabat Stuart, yang berkuturunan dari anak perempuan Henry VII Margaret, mendapat kuasa pada tahun 1603 apabila Elizabeth I meninggal dunia dan jurai keturunan lelaki dari Tudor terputus.